Menurut Healthy For Men, rutin senamannya di gim tertumpu kepada kardio, bodyweight dan angkat berat. Ia termasuk kardio selama lima minit, bicycle crunches, dumbbell side bends, double crunches dan Superman holds.
Jika tiada masa ke gim, Robert akan melakukan senaman tinju yang membantu meningkatkan kardio dan membina kekuatan di bahagian atas tubuh.
Rutin kecergasannya di luar pula melibatkan larian jarak jauh dan senaman beg pasir ala tentera. Jelas Robert, dia berlari sejauh lima hingga 10 kilometer sebanyak empat kali seminggu untuk meningkatkan kardio dan ketahanan badan.