Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Twilight itu juga mengikuti diet yang ketat untuk mendapatkan susuk sempurna. Akuinya, dia berhenti mengambil alkohol, daging diproses serta makanan bergoreng dan sering mengambil ikan sehingga akhirnya berasa muak.
“Saya tidak mahu lagi melihat ikan putih bersama hirisan lemon di dalam pinggan saya,” katanya kepada On Demand Entertainment.
Selain itu Robert turut mengambil makanan kaya protein namun mudah disediakan seperti oat bersama serbuk protein dan tuna dalam tin.
Foto: Dior
Baca: Robert Pattinson Dipaksa Lakukan Adegan Seks Jelik Dalam Filem