Pasangan popular Korea, Rain dan Kim Tae Hee kini selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka yang berjantina perempuan.
Penyayi K-pop, Rain berkongsi berita gembira kelahiran anak perempuannya menerusi laman Instagram hari ini.
https://www.instagram.com/p/Bap88f7HACE/?taken-by=rain_oppa
Rain memuat naik sekeping gambar stokin bayi dengan perhiasan bunga berona merah jambu berserta kapsyen “Terima kasih…Kami dikurniakan puteri yang comel. Kami akan membesarkannya menjadi anak yang akan membantu dunia. #blessed.”
Pasangan Rain dan Kim Tae Hee berkahwin dalam satu majlis tertutup pada bulan Januari lalu di Seoul selepas lebih empat tahun bersama.
Bulan Mei lalu, mereka mengesahkan yang mana Kim Tae Hee sedang hamil.