Ghost Doctor menandakan kemunculan semula Rain ke kaca televisyen setelah dua tahun menyepi. Kali terakhir dia membintangi drama adalah pada 2019 menerusi Welcome 2 Life di mana dia memegang watak sebagai peguam.
Populariti penyanyi dan pelakon ini kembali hangat tahun lalu setelah lagunya, Gong yang dilancarkan pada 2017 tular sebagai meme di media sosial.

Suami kepada pelakon Kim Tae-hee itu pernah muncul dalam rancangan realiti Hangout With Yoo bersama penghibur terkenal, Lee Hyo-ri dan Yu Jae-seok tahun lalu.
Rain turut berkolaborasi bersama penyanyi Park Jin-young untuk lagu Switch To Me hujung tahun 2020 dan bekerjasama dengan penyanyi Chungha awal bulan ini untuk lagu terbaru, Why Don’t We.
Foto: Instagram/@rain_oppa