Sebelum ini Rain menyatakan yang mana comeback nya ditangguhkan, tapi kali ini Rain akhirnya berkongsi tarikh rasmi yang mana dia bakal kembali menghangatkan pentas.
Agensi pengurusan Rain telah mengumumkan satu berita di laman rasmi mereka dengan berkongsi sekeping gambar teaser dengan rona merah berserta dengan sebuah tarikh untuk penyanyi untuk kembali semula di pentas nyanyian.
Rain dikatakan bakal melaksanakan comeback pertamanya setelah tiga tahun melalui projek kolaborasi istimewa. Comeeback terakhirnya adalah pada Januari 2014 dengan album ke-6 berjudul ‘Rain Effect’ dan trak berjudul ‘LA SONG’.
Penyanyi itu turut berkongsi yang mana dia sudah berjaya menghabiskan pembikinan video muziknya dan sekarang ini berada di peringkat terakhir seebelum latihan.
Projek comeback Rain dijadualkan pada 15 Januari 2017. So are you guys ready?