Raisa, penyanyi popular dari Indonesia sudah sah bergelar isteri kepada pasangan pilihannya, Hamish Daud. Jom lihat gambar di sekitar perkahwinan indah mereka di rencana ini.
Perkahwinan Raisa dan Hamish dilihat cukup unik dan indah dalam istiadat masyarakat Sunda yang diadakan di AYANA Midplaza Jakarta, Indonesia pada Ahad lalu.
Ketika majlis pernikahan, Raisa tampil penuh tradisional dengan kebaya rekaan Vera Kebaya. Hamish turut tampil persalinan lengkap tradisi Indonesia, juga rekaan Vera Kebaya.
Selepas acara pernikahan, pasangan ini turut melakukan upacara turun-temurun yang mana mereka perlu mengucapkan impian mereka sebelum memecahkan satu jag yang dibuat dari tanah liat. Upacara tersebut dipercayai seakan membawa nasib atau tuah yang baik dalam kehidupan mendatang.
Raisa turut sempat berkongsi gambar hari bahagianya menerusi laman Instagramnya berserta kapsyen berbunyi “Di sini mulanya, sayangku. Satu permulaan untuk episod baru buat kehidupan mendatang untuk kita.”
Penyanyi terkenal dari negara jiran yang mempunyai pengikut seramai 15.5 juta itu dihujani ucapan tahniah ke atas perkahwinannya bersama Hamish.
Raisa dan Hamish dikatakan mula menjalinkan hubungan istimewa sejak tahun lalu. Aktor kacak tersebut mengambil langkah seterusnya dengan melamar Raisa pada 21 Mei lalu.
Hamish mengaku yang mana Raisa ibarat satu tenaga baru buat dirinya yang belum pernah dia lihat sebelum ini. Akuinya lagi, “Yaya (nama panggilan Raisa) selalu menyokong semua yang saya mahu lakukan. Paling penting, dia membuat saya menjadi manusia yang lebih baik,” katanya.
EH! kongsikan gambar di sekitar majlis perkahwinan Raisa dan Hamish Daud yang dirakam oleh The Bride Story x David Salim Photography. Klik seterusnya.