Oleh: Farhana Fuad
Gambar: www.gdnonline.com
Bintang filem Tamil ini kini sudah berada di Malaysia. Ketibaannya semalam disambut peminat dan menjadi tumpuan ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebelum ini kecoh perkhabaran yang mana Rajinikanth akan terbang ke Malaysia sebulan lalu. Namun ditunda hingga ke semalam.
Gambar: Instagram Rajinikanth
Pelakon terkenal filem Tamil ini bakal berada di Melaka selama sebulan untuk penggambaran filem lakonannya yang ke-156. Ianya berjudul Kabali.Dalam filem ini, Rajinikanth muncul dalam watak ketua mafia. Filem Kabali ini mengambil inspirasi dari filem Departed lakonan Jack Nickholson.
Gambar: Instagram Rajinikanth
Selepas Malaysia, Rajinikanth bakal terbang ke Hong Kong serta Thailand untuk menyambung penggambarannya dalam filem aksi ini. Filem Kabali bakal ditayangkan pada April 2016.