2 Januari lepas, Good Vibes Festival (GVF) telah membuat pengumuman yang membuat ramai yang sudah mula tidak senang duduk, menanti dan membayangkan siapa agaknya yang akan membuat persembahan di festival muzik terbesar di Malaysia tahun ini, Lebih mengujakan tahun ini GVF akan berlangsung selama tiga hari!
Kami di EH! pun turut terasa keterujaannya, bila dilangsungkan tiga hari ini maksudnya GVF akan membawa lebih ramai lagi barisan penyanyi. Namun yang menjadi teka teki, siapakah agaknya penyanyi luar dan dalam nergara yang akan diketengahkan? Let’s not put on high expectation yang mereka akan membawa ramai penyayi kelas pertama, tetapi apa yang boleh dijangka GVF kebiasaannya akan membawa penyanyi yang baru sahaja mengeluarkan album baru dan selalunya penyanyi yang sedang rancak membuat konsert atau tour bersempena album baru mereka.
Berdasarkan komen-komen yang kami baca di posting tentang pengumuman tarikh GVF yang dijadulalkan berlangsung pada 14, 15, dan 16 Ogos ini, EH! mahu senaraikan beberapa penyanyi ‘wishlist’ yang kami harap dan jangkakan bakal membarisi line-up festival muzik #GVF2020 tahun ini.
Jorja Smith
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Where Did I Go?’ dan ‘Blue Lights’ ini sudah jadi penyanyi wanita yang mendapat tempat di telinga pendengar Malaysia dan penyanyi yang memiliki vokal gemersik ini juga baru sahaja melancarkan single terbaru tahun lepas Be Honest ft. Burna Boy. Walaupun dia hanya membuat konset di London ketika ini, kami dan peminat semestinya rasa teruja jika dia dapat membuat persembahan di GVF tahun ini.
Doja Cat
Album ‘Hot Pink’ yang baru sahaja keluar baru-baru ini memberi jangkaan yang penyayi ini mungkin antara salah seorang yang bakal membuat persembahan di #GVF2020. Penyanyi, penulis lagu dan rapper yang punya lagu hit ‘Juicy’ yang mendapat 58ribu streaming di Spotify ini juga pernah viral dengan video klip single MOOO! dimana dia menyifatkan diri dia sebagai lembu.
Bil Musa
Terbaru dengan single Let Me In ft. Alex Ungku, EH! jangkakan dia juga antara penyanyi dan penulis lagu yang kami jangka mungkin akan membuat persembahan di #GVF2020. Biarpun belum ada album terbaru dari penyanyi yang punya suara gemersik ini, single-single terbaru serta lagu dari album Young Adult pasti jadi persembahan yang cukup menyenangkan untuk ditonton di muzik festival ini.Bil Musa pernah membarisi performer GVF sebelum ini.
Rich Brian
Brian Imanuel Soewarno, rapper dan penulis lagu kelahiran Jakarta Indonesia yang popular di Los Angeles ini baru sahaja tampil dengan album terbaru ‘The Sailor’ yang kami rasa punya ‘hype’ untuk festival muzik #GVF2020. Jika tahun lepas kita sudah saksikan Joji, penyayi dibawah naungan 88rising menjadi salah seorang line up buat Good Vibes Fest 2019, munkin Rich Brian jadi penyanyi yang terbaik untuk disaksikan di pesta muzik tahun ini.
H.E.R
We don’t want to put on hope for you guys, tetapi penyanyi dan penulis lagu yang pernah merangkul dua kemenangan buat anugerah Grammy tahun lepas mungkin jadi calon yang terbaik untuk dijadikan main line-up buat #GVF2020. Hampir kesemua lagu di dalam album ‘I Used To Know Her’ ini layak untuk menjadi single, dan dia juga pernah berkolaborasi bersama Daniel Ceasar, penyanyi yang telah menghangatkan pentas GVF tahun lepas.
Alextbh
Alex Bong atau lebih dikenali sebagai Alextbh semestinya jadi penyanyi yang layak mendapat tempat di #GVF2020. Penyanyi dan penulis lagu kreatif R&B-infused Pop ini baru sahaja melancarkan single terbaru ‘Superstore’ yang punya nada akustik bersama alunan suara yang cukup tenang dan kami percaya ramai yang mahukan dia untuk beraksi di pentas GVF tahun ini.
Tyga
Jika Goodvibes berjaya membawa G-eazy dua tahun lepas, mungkin kita boleh berharap sedikit tinggi untuk mereka mengundang Tyga buat main line-up tahun ini. Kejayaan album ‘Legendary’ tahun lepas benar membawa nama Tyga lebih tinggi dimana antara lagu-lagunya hasil kolaborasi bersama penyanyi dan rapper popular antaranya; Offset, Lil Wayne, Swae Lee dan J Balvin. Kami percaya pendengar dan peminat di Malaysia turut mengharapkan hal yang sama!
Summer Walker
Dua tahun lepas kita telah saksikan penyanyi yang punya suara gemersik Sza membuat persembahan di Good Vibes bersama pakaian sari dan momen itu cukup spectacular jika mahu diingati semula. Mahukan ‘vibe’ yang sama tahun ini ramai yang mengharapkan bintang R&B dan Alternative Summer Walker pula membuat kejutan sebagai line-up untuk #GVF2020. Dia yang baru sahaja mengeluarkan album ‘Over It’ dengan lagu-lagu hit kolaborasi bersama Bryson Tiller dan Usher, kehadirannya buat festival muzik tahun ini lebih ‘havoc’.!