Oktober sinonim dengan Halloween, bulan paling tepat untuk layan cerita seram, misteri dan kisah-kisah yang buat anda fikir dua kali sebelum tutup lampu malam.
Kalau anda memang kaki horror, ini masa terbaik untuk marathon cerita seram di Netflix. Daripada kisah supernatural yang penuh misteri, gangguan makhluk ghaib hinggalah cerita yang membawa elemen thriller dan psikologi, semuanya ada untuk melengkapkan mood Halloween anda.
Jadi, kalau anda sedang mencari tontonan untuk menemani malam Oktober, ini sembilan cerita seram yang wajib masuk watchlist anda!
Evil Dead Burn
Nak sesuatu yang terus membawa anda ke dunia penuh keganasan, ketegangan dan supernatural? Evil Dead Burn boleh jadi pilihan untuk peminat horror yang sukakan cerita dengan suasana gelap dan mendebarkan. Sediakan mental sebelum tengok!
Sinners
Buat anda yang sukakan horror dengan elemen misteri dan thriller, Sinners antara judul yang boleh dimasukkan dalam watchlist. Jalan ceritanya penuh dengan ketegangan dan persoalan yang membuatkan anda terus tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya.
Haunted Universities 4
Universiti bukan lagi sekadar tempat menuntut ilmu apabila kisah-kisah seram mula menghantui. Haunted Universities 4 membawa anda ke dalam beberapa kisah supernatural yang pastinya membuatkan suasana kampus terasa jauh lebih menyeramkan. Sesuai untuk layan ketika malam.. kalau berani!
Below
Kadangkala, perkara paling menakutkan bukan apa yang kita nampak, tetapi apa yang tersembunyi di bawah. Belowb ermain dengan elemen misteri dan ketakutan dalam suasana yang cukup mencemaskan. Kalau anda suka cerita yang membuatkan rasa tidak selesa sepanjang tontonan, yang ini patut diberi peluang.
Ghosts of Mars
Makhluk ghaib, suasana futuristik dan ancaman yang datang dari tempat yang tidak dijangka, Ghosts of Mars memberikan kombinasi horror dan sci-fi yang cukup menarik. Pilihan sesuai untuk anda yang mahu keluar sedikit daripada formula cerita hantu biasa.
Ghost in The Cell
Apa yang berlaku apabila tempat yang sepatutnya terkawal mula dihantui sesuatu yang tidak dapat dijelaskan? Ghost in The Cell membawa elemen supernatural ke dalam suasana yang sempit dan penuh tekanan. Bersedia untuk beberapa momen yang boleh buat anda rasa seram sendiri.
Sengkolo: The Catastrophe of One Suro
Kalau anda gemarkan cerita seram yang mempunyai unsur budaya dan kepercayaan tempatan, Sengkolo: The Catastrophe of One Suro wajib berada dalam radar anda. Dengan suasana yang gelap, misteri dan penuh elemen supernatural, cerita ini memang cukup kena dengan mood Halloween.
Project Sacrifice
Misteri, pengorbanan dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku menjadi antara elemen yang membuatkan Project Sacrifice menarik untuk ditonton. Sesuai untuk anda yang suka seram yang turut memberikan rasa ingin tahu sepanjang cerita.
Dead End Job
Jangan tertipu dengan tajuknya yang kedengaran biasa. Dead End Job membawa elemen seram dalam situasi yang mungkin nampak normal pada awalnya, tetapi semakin lama semakin mencurigakan. Kalau anda suka cerita yang menggabungkan ketegangan dengan situasi luar jangka, boleh masukkan yang ini dalam watchlist.
Baca: 5 Dokumentari Netflix yang Worth Watching Bulan September!
