Makna Istimewa Di Sebalik Nama Putera Sulung Randy Pangalila
Menurut aktor dan penyanyi itu, dia telah pun memilih nama seawal tiga bulan kehamilan sebaik sahaja mendapat tahu jantina anak keduanya. “Nama sudah difikirkan sejak awal kerana kami tahu akan menyambut anak lelaki. Kami menamakan Asher Griffin Pangalila di mana Asher bermaksuf diberkati dan bahagia. Griffin pula bermaksud kuat. Dalam setiap panggilan itu ada doa, jadi jangan hanya beri nama, ia perlu ada maksud yang baik.”
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 19 Januari 2019 dalam satu majlis romantis bertempat di Taman Bahagia, Nusa Dua, Bali. Sebelum berumah tangga, dia dan isterinya yang merupakan warga Kanada menjalani perhubungan jarak jauh untuk satu tempoh masa yang agak lama. Dua tahun perkahwinan, mereka dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Blair Willow Pangalila.
Randy Pangalila bukanlah nama asing di Malaysia. Dia mula dikenali sewaktu membintangi filem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang pada 2011 dan drama Dalam Hati Ada Taman pada 2012, gandingan bersama Elfira Loy. Setahun kemudian, dia ditawarkan peranan dalam drama Benci vs Cinta di samping Nora Danish, Hefny Saad dan Sharifah Sakinah. Kali terakhir dia membintangi karya terbitan Malaysia adalah pada 2017 menerusi drama Urusan Hati Cik Drama Queen.
Baca: Mengejutkan! Peminat Arab Dedah Maksud Nama Anak Kylie Jenner