Cover EH! bulan ini, Sabronzo dari DOLLA menjawab 25 soalan spontan. Kulit sawo matang yang dahulunya membuatkan Sab rasa insecure, kini menjadi pesona yang menyerlahkan kecantikannya.
Obsesi semasa?
Menonton Netflix
Lagu pembangkit mood?
In Da Getto oleh Skrillex
Girl crush?
Dua Lipa
Celebrity crush?
Maluma
Sesuatu yang dulu anda tak suka tentang diri sendiri tapi kini anda hargai?
Bukan benci, tapi dulu saya insecure dengan kulit sawo matang saya
Nama panggilan dalam keluarga di rumah?
Sab
Apa yang anda buat untuk isi masa menunggu?
Mendengar muzik.
Senaman kegemaran?
Stairmaster
Heel, boots atau sneakers?
Saya suka semua, tak boleh pilih!
Kalau mampu beli kereta, kereta apa yang anda akan pandu?
Volvo XC40.
Studio atau live show?
Live show, saya suka berada di atas pentas.
Jenama tempatan kegemaran?
Ghostboy.
TikTok atau Instagram?
Saya suka TikTok.
Bagaimana anda raikan kejayaan kecil?
Belanja diri dengan makan malam yang sedap.
Memori pertama tentang fesyen?
Pertunjukan fesyen di Subang Parade.
Baru atau thrifting?
Baru.
Satu benda yang sentiasa ada dalam beg?
Gincu.
Apa dalam bucket list anda?
Pergi ke titik tertinggi di dunia.
Era fesyen kegemaran?
Y2K seksi.
Siri yang anda ulang tonton tanpa jemu?
Game of Thrones.
Ikon gaya anda?
Tak ada, cuma scroll Pinterest.
Apa yang anda pakai bila tak ada orang di sekeliling?
Seluar sweatpants dan baju lama yang lembut dan dah lusuh hahaha.
Tiga perkataan untuk menggambarkan diri anda?
Ambivert, easygoing, pelik.
Masakan yang anda paling pandai masak?
Chicken lemon soup!
Apa yang tak pernah gagal buat anda ketawa?
Video kucing kelakar
Baca:
Rapid Questions Bersama Triseya Johan