Model generasi baru buat Cover EH! bulan ini, Triseya Johan menjawab soalan secara spontan. Kata Trisyea, sebelum ini rambutnya yang keriting adalah sesuatu yang yang tidak digemarinya.
Obsesi semasa?
Kucing saya, Jasmine.
Lagu yang sesuai dengan mood Triseya di set?
Superstar daripada Jamelia.
Sesuatu yang dulu Triseya benci tentang diri sendiri tetapi kini suka?
Rambut keriting saya.
Perkara yang Triseya lakukan untuk mengisi masa ketika menunggu di set penggambaran atau di backstage?
Makan.
Kempen atau jenama impian?
Vogue, Forbes dan Harper’s Bazaar.
Tumit tinggi atau kasut sukan?
Kasut tumit tinggi.
Runway atau editorial?
Runway.
Call time: Early bird atau tiba paling lewat?
Early bird.
Runway atau backstage?
Runway.
TikTok atau Instagram?
TikTok.
Bagaimana Triseya meraikan kejayaan kecil?
Saya bersyukur kepada Tuhan.
Apa yang ada di moodboard Triseya sekarang?
Traveling around the world!
Pereka impian untuk Triseya peragakan?
Semua jenama mewah seperti Dolce & Gabbana, LV, Gucci.
Memori fesyen pertama Triseya?
Menonton Victoria’s Secret Fashion Show.
Baru atau barangan terpakai (thrifting)?
Baru.
Satu benda yang sentiasa ada dalam beg?
Fenty Lip Gloss.
Lagu yang memberi keyakinan diri?
Mana-mana lagu Tyla.
Era fesyen kegemaran?
Zaman Victoria, mengenakan korset dan gaun besar.
Satu perkataan yang menggambarkan tenaga Triseya?
Intimidating.
Rancangan yang ditonton berulang kali?
Modern Family.
Model yang Triseya jadikan inspirasi semasa membesar?
Imaan Hammam dan Bella Hadid.
Ikon gaya?
Jasmine Tookes, dia begitu anggun, versi terbaik diri saya akan berpakaian seperti dirinya.
Risiko fesyen paling berani yang pernah Triseya ambil?
Memakai but tebal menggantikan kasut tumit tinggi ke sesuatu acara.
Apa yang Triseya pakai bila tiada siapa melihat?
Tiada apa-apa..
Tiga perkataan untuk menggambarkan diri Triseya?
Delusional, matang, penyayang.