Dituduh merogol seorang gadis, Nelly ditahan untuk siasatan lanjut, namun kemudian dibebaskan pada hari yang sama.
Gadis yang membuat dakwaan Nelly telah merogolnya menceritakan yang mana dia ikut serta dalam sebuah parti bersama Nelly sebelum dia dipaksa untuk mengadakan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan (kondom) tetapi peguam kepada rapper tersebut, Scott Rosenblum mengatakan yang dia bakal mendedahkan yang mana gadis tersebut adalah seorang penipu pada hakikatnya.
Menurut laporan TMZ, gadis berusia 21 tahun yang menetap di Seattle itu mendakwa yang dia bertemu dengan Nelly di sebuah kelab di Washington, di mana dia dan rakan-rakannya berparti di meja yang sama dengan Nelly.
Gadis tersebut menyatakan yang dia kemudian telah dipelawa untuk mengikutinya ke parti selepas itu bersama teman-teman Nelly. Selepas itu, gadis tersebut dikatakan telah dibawa ke bas jelajahnya.
Ketika berada di dalam ruang rehat Nelly di dalam bas tersebut, gadis tersebut mendedahkan yang mana Nelly cuba untuk mengadakan hubungan seks dengannya tetapi dia menolak.
Tambahnya lagi, Nelly meminta dia untuk diam dan mendesak untuk melakukan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan, yang mana Nelly melakukannya meskipun gadis tersebut menolaknya.
Sejurus selepas itu, Nelly dikatakan menawarkan wang kepada gadis tersebut tetapi menolaknya dan kemudian datang seorang wanita dan meminta gadis itu pergi serta melemparkan sekeping tunai bernilai $USD100 kepadanya.
Peguam Nelly turut menyatakan, “Ia tidak terkejut yang dia hanya mahukan publisiti. Itu sebenarnya adalah salah satu cara seseorang yang mempunyai agenda berkaitan dengan duit dan populariti.”
Nelly ditahan pada awal Sabtu lalu untuk siasatan dan kemudian dibebaskan hanya beberapa jam selepas itu.