Beberapa hari selepas Prince of Wales disahkan positif Covid-19, Ratu Elizabeth II pula menerima nasib serupa.
Ratu Elizabeth yang menyambut Jubli Platinum dua minggu lalu dilaporkan hanya mengalami gejala ringan seperti selesema dan dijangka meneruskan tugasan di Istana Windsor pada minggu akan datang.
“Baginda akan terus menerima rawatan serta mengikut semua garis panduan dan protokol yang sepatutnya,” menurut satu kenyataan rasmi dari Istana Buckingham.