Ratu Elizabeth sebelum ini mengesahkan dirinya dan mendiang suami, Putera Philip telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada Januari 2021.
Namun pihak istana enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai vaksinasi kedua kepada umum atas alasan ‘privasi perubatan’.
Tahap kesihatan Ratu Elizabeth dipantau secara teliti sejak akhir tahun lalu setelah baginda dimasukkan ke hospital atas sebab yang tidak didedahkan. Baginda turut berundur dari acara awam atas nasihat doktor dan diminta untuk berehat panjang kerana mengalami kesukaran untuk berjalan.
