“Baru-baru ini Farah Ann memaklumkan hasrat untuk berhenti berlatih. Selepas berbincang secara mendalam mengenai perkara ini, kami menerima keputusannya untuk bersara kira-kira dua minggu lalu,” katanya.
Shu Wai turut memaklumkan antara sebab Farah mengambil keputusan itu adalah kerana beban latihan yang intensif dan perubahan peraturan sukan, juga kecederaan yang dialaminya sebelum ini.
Meskipun berita itu telah tular di dada media, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada tuan punya badan sendiri.