Penampilan sulung Farah di sukan Olimpik tahun lalu menyaksikan dirinya menamatkan saingan pada tempat ke-68 daripada 85 gimnas dalam acara all-around wanita.
Dia mencipta sejarah apabila menjadi atlet gimnastik ketiga negara beraksi di temasya sukan berprestij itu selepas penyertaan Ng Shu Wai di Olimpik Athens pada 2004 dan Au Li Yen di Olimpik Sydney pada 2000.
Atlet itu telah banyak kali mengharumkan nama negara di persada dunia antaranya di Sukan SEA apabila berjaya meraih tujuh pingat emas secara keseluruhan di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017) dan Manila (2019).
Foto: Sea.mashable
Baca: 8 Pasangan Atlet Yang Mencuri Tumpuan Di Olimpik Beijing 2022