Raysha yang tampil begitu anggun dalam gaun putih salju rekaan Teh Firdaus meluahkan kesyukuran kerana segala perancangan berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah segala yang dirancang selama ini dipermudahkan. Saya berasa amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, saya menerima banyak mesej dan doa yang baik-baik.
“Saya mendoakan kebaikan sama berbalik kepada semua. Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, Insya-Allah,” ujarnya.