Nama bintang kacak yang popular menerusi drama Bridgerton, Regé-Jean Page kembali hangat apabila meluahkan kekecewaan terhadap industri Hollywood baru-baru ini.
Jelas Page, dia berasa terluka apabila mendapat tahu alasan dia ditolak daripada membintangi siri televisyen, Krypton tiga tahun lalu adalah disebabkan warna kulitnya.
Menurut Hollywood Reporter, kru siri tersebut yang berkisar tentang latar belakang datuk Superman meluahkan rasa “teruja untuk menjalankan sesi uji bakat luar dari kebiasaan”.
Sumber daripada produksi tersebut menunjukkan Page menghadiri sesi uji bakat namun tidak berjaya mendapat watak tersebut.