Brooklyn Beckham, 18
Hanya mengetahui bahawa ibu dan bapanya merupakan selebriti dambaan ramai pada usia 13 tahun, Brooklyn Beckham tidak membenarkan maklumat tersebut mengubah siapa dirinya sebelum ini. Walaupun dia mula menyedari sedikit perubahan dalam hidupnya, itu tidak menghalangnya untuk mengejar impiannya sebagai seorang jurufoto ternama. Pelajar fotografi tahun pertama di Parsons School of Design ini telah pun menerbitkan buku fotonya sendiri, What I See dan dia juga pernah menjadi jurufoto buat kempen Burberry Brit.