Majalah Time baru sahaja memusnahkan peluang Ashton Kutcher untuk memenangi pertengkaran dengan isterinya, Mila Kunis.
Itulah yang diseloroh Ashton setelah majalah tersohor itu menyenaraikan Mila dalam barisan 100 Individu Paling Berpengaruh untuk tahun 2022.
Menerusi satu ciapan di Twitter, pelakon No Strings Attached itu berkongsi satu pautan kepada profil isterinya dan menulis, “Kepada Majalah Time, saya sudah pun kalah setiap pertengkaran dengan isteri. Adakah anda perlu melakukan ini?”