Penghormatan di pentas Golden Globes itu adalah sesuatu yang telah lama dinantikannya sejak terlibat dalam industri perfileman Hollywood pada 1997 menerusi filem James Bond, Tomorrow Never Dies.
“Saya hanya akan berdiri di pentas ini dan menikmati semua ini. Empat puluh tahun… Saya tidak akan melepaskan peluang ini,” katanya sambil menggenggam trofi emas miliknya.
Dia menyambung, “Ketika saya mula-mula datang ke Hollywood, ia ibarat mimpi menjadi nyata… Sehinggalah saya tiba di sini dan diberitahu, ‘Anda golongan minoriti.’”