Michelle terus bekerja dengan pengarah tersohor termasuk Steven Spielberg, Rob Marshall dan James Cameron. Bagaimanapun aktres berusia 60 tahun itu mendapati peluangnya mengecil seiring peningkatan usianya.
Dia menerima kenyataan itu dengan hati terbuka dan memujuk diri supaya bersyukur dengan segala yang telah dicapainya selama ini, namun tanpa disangka muncul peluang besar menerusi Everything Everywhere All At Once, filem yang digelarnya sebagai hadiah istimewa.
Dalam filem komedi itu, dia memainkan watak sebagai Evelyn Wang, seorang pendatang berbangsa Cina, isteri dan ibu yang perlu menyelamatkan dunia.