“Terima kasih A24 kerana mempercayai dua individu pintar dan hebat (pengarah Daniel Kwan dan Daniel Scheinert] yang berani menulis tentang seorang pendatang biasa, wanita tua, ibu dan anak perempuan.
“Saya diberi peluang untuk memainkan watak ini yang amat dekat dengan diri saya dan orang lain, kerana pada penghujung hari, dalam apa jua semesta sekali pun, seorang wanita berjuang untuk cinta dan keluarganya,” katanya.
Sebelum menuruni pentas, dia sempat merakamkan penghargaan buat pelakon gandingannya iaitu Stephanie Hsu, Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan yang turut memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Kemenangan ini menyaksikan Michelle menewaskan nama-nama besar di Hollywood iaitu Lesley Manville (Mrs. Harris Goes To Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Baca: Tan Sri Michelle Yeoh Bakal Sertai Siri Netflix, The Witcher: Blood Origin