Walaupun ramai selebriti pernah menaiki pentas untuk menyampaikan atau menerima trofi Oscar ketika hamil, Catherine Zeta-Jones merupakan satu-satunya bintang yang membuat persembahan di anugerah itu kala berbadan dua – dan Rihanna bakal mengikut jejak langkahnya tahun ini.
Catherine hamil lapan bulan sewaktu menyampaikan lagu I Move On daripada filem muzikal Chicago di pentas Anugerah Akademi pada 2003 di samping Queen Latifah.
Dia membawa pulang trofi pelakon pembantu wanita terbaik pada tahun itu dan selamat melahirkan anaknya, Carys Zeta Douglas hanya beberapa minggu kemudian.