Rihanna dikatakan mula menjalin hubungan romantis dengan penyanyi rap itu atau nama sebenarnya Rakim Mayers pada 2020, tidak lama selepas berpisah dengan bekas teman lelakinya, Hassan Jameel.
Mereka mengenali satu sama lain sejak 2010 ketika membuat persembahan dan menyertai konsert jelajah bersama. Perhubungan pasangan itu kekal platonik selama sedekad sebelum portal People mengesahkan percintaan mereka pada November 2020.
Sebulan kemudian, Rocky dirakam menikmati percutian romantis di kampung halaman Rihanna di Barbados dan meraikan Hari Krismas bersama keluarganya.
Pasangan itu mengesahkan percintaan mereka kepada umum kala membuat penampilan pertama sebagai pasangan kekasih di karpet merah Met Gala 2021 September lalu.
Foto: Diggzy/Shutterstock
Baca: “Dia Cinta Hati Saya” – A$AP Rocky Sahkan Hubungan Dengan Rihanna