Setelah Perintah Kawalan Pergerakan Berakhir, Risteena Munim akhirnya sah bergelar isteri kepada Isa Khan dengan sekali lafaz.
Pelakon, Nur Risteena Munim, 32, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Isa Khan, 28, pada hari Jumaat jam 10.30 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dengan sekali lafaz, Risteena Munim sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Isa Khan atau nama penuh, Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin.