Isa Khan juga turut memberikan kejutan istimewa kepada isteri tercintanya dengan menyanyikan lagu berjudul Karunia Terhebat sebagai simbolik kisah cinta mereka.
Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 20 November tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Imbas kembali detik perkenalan Risteena dan Isa, mereka berkenalan ketika sama-sama menerajui drama Bulan Di Kota Langit yang disiarkan TV Okey, pada 2019. Perkenalan mereka di set lokasi berkenaan akhirnya dibawa ke tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia selepas lima bulan berkenalan.
Artikel berkaitan, Simbolik Nama Puteri Kedua Scha Alyahya & Awal Ashaari
Gambar oleh Intasgram @project2pi dan @nur_risteena.