Pasangan ini bertunang dua bulan lepas dan dikatakan merancang untuk membuat pesta besar-besaran bagi menyambut perkahwinan rahsia mereka hanya bersama keluarga dan rakan-rakan. Walaupun hidup dalam penuh perhatian, Rita berazam untuk merahsiakan hubungan bersama Taika seboleh- bolehnya dan tidak mahu menimbulkan keterujaan yang melampau tentang perkahwinan mereka.
Pada bulan September, Rita masih mahu merahsiakan kehidupan cintanya. “Saya berada di tempat yang terbaik dalam hidup saya, itu sahaja yang akan saya katakan tentang itu. Saya hanya fikir, dengan hormatnya, privasi adalah penting. Saya belajar banyak perkara semasa di usia 20-an.”
Rita sudah kembali ke studio, mengerjakan album ketiganya dengan sesi terbarunya bersama writer Rollo Ava Max dan Noah Cyrus.
Baca: Nicola Peltz Perjelas Isu Tidak Sebulu Dengan Ibu Mentua, Victoria Beckham