Satu khabar gembira buat peminat The Batman apabila Robert Pattinson disahkan akan kembali menggalas watak itu.
Warner Bros mengumumkan perkara tersebut di acara CinemaCon 2022 baru-baru ini sekali gus mendedahkan Matt Reeves akan kembali sebagai pengarah dan penulis skrip susulan kejayaan The Batman yang menjadi filem dengan kutipan tertinggi tahun ini di Amerika Syarikat.
Ia memperolehi sekitar RM3.3 bilion menerusi tayangan di seluruh dunia dalam waktu yang singkat iaitu 45 hari.