Pelakon yang dikenali melalui filem Twilight, Robert Pattinson mendedahkan pengalaman menjijikkan yang pernah berlaku dalam hidupnya sepanjang bergelar anak seni.
Ketika menjalani penggambaran filem Good Time beberapa tahun lalu, pengarah meminta Pattinson melakonkan babak pelik di mana dia perlu melakukan aksi seks bersama anjing.
Sudah tentu tiada pelakon yang akan bersetuju untuk melakukan aksi sebegini, walaupun mereka merupakan method actor atau sangat berdedikasi mendalami watak yang diberi. Dan ternyata, Pattinson menolak permintaan itu tanpa berfikir panjang.
Menerusi filem tersebut, dia memegang peranan sebagai seorang penjenayah di New York yang berjuang untuk menyelamatkan nyawa adiknya dalam masa satu malam.