Ketika menjadi tetamu dalam rancangan Jimmy Kimmel Live!, Pattinson menjelaskan tentang wataknya dalam filem tersebut yang mempunyai rasa cinta mendalam terhadap anjing, malah mempercayai bahawa dia merupakan seekor anjing pada kehidupan lalu.
“Corey (watak) menganggap dia mempunyai kawalan terhadap bintang dan beberapa perkara lain. Terdapat satu babak di mana pengedar dadah menceroboh ke dalam bilik sewaktu saya sedang melakukan aksi seks bersama anjing,” katanya kepada Kimmel.
Tambahnya, pengarah iaitu Safdie brothers (tidak dipastikan sama ada Josh atau Benny) memaksanya untuk merealisasikan babak jelik itu dan memperlekehkan dirinya apabila dia menolak.
“Ia satu bentuk pencabulan terhadap bintang, dan aksi seks bersama bintang sangat menjijikkan!” ujar Pattinson.
Kata pelakon ini, apa yang membuatkan dia berasa bangga adalah walaupun adegan tersebut dipotong dari filem, Good Time yang ditayang di Cannes Film Festival tetap mendapat pujian ramai dan bertanding dalam salah satu pertandingan berprestij iaitu Palme d’Or.
Foto: Observer Mag
Baca: Peminat Teruja Menyaksikan First Look Robert Pattinson Sebagai Batman