Oleh: Farhana Fuad
Gambar: metro.co.uk
Tahun lepas dilihat Romeo Beckham menerajui jenama fesyen mewah antarabangsa ini menerusi kempen Burberry untuk meraikan perayaan krismas yang berjudul ‘From London With Love’. Tahun ini Burberry tampilkan lagi Romeo Beckham dalam video kempen untuk musim sejuk kali ini. Yang istimewanya kali ini Romeo bergandingan dengan beberapa orang selebriti popular kelahiran British termasuklah Sir Elton John, Julie Walters, James Bay, George Ezra, Michelle Dockery, James Corden, Naomi Campbell dan Rosie Huntington-Whiteley.
Topik berkaitan : Giliran Romeo Beckham
Musim perayaan kali ini, Burberry tampilkan video kempen yang bertemakan filem Billy Eliot yang turut menyambut ulang tahun yang ke-15. Dalam video kempen ini, kesemua selebriti ini memainkan peranan dengan membuat aksi lompatan dalam persalinan penuh dari koleksi jenama mewah Burberry ini.
Muzik latar yang dimainkan juga di ambil dari trak lagu dalam filem Billy Elliot. Istimewanya lagi, kempen ini lebih sempurna apabila setiap selebriti yang turut serta memeriahkan video kempen ini tanpa bayaran. Ini kerana setiap bayaran yang diperuntukkan untuk selebriti popular ini didermakan kepada Place2Be dan badan Komuniti County Durham. Burberry dilaporkan sudah bersetuju untuk mendermakan lagi 500,000 pound yang bersamaan dengan RM3.3juta kepada badan kebajikan ini.
Gambar: TPGimages
Sempena previu untuk video kempen ini, bintang muda anak kepada bekas pemain bola sepak terkenal David Beckham ini turut hadir di butik Burberry Regent Street ditemani ibunya Victoria Beckham dan adiknya, Cruz. Victoria turut menyatakan keterujaannya menonton anaknya di dalam video kempen terbaru Burberry ini menerusi laman Instagram miliknya.
Jom tonton video kempen Burberry untuk musim perayaan yang bakal tiba tahun ini.