Berita gembira buat pasangan selebriti yang sudah berkahwin sejak bulan Disember tahun lalu, Zain Saidin serta isteri Rozita Che Wan. Rozita selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.8 kilogram semalam jam 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Gambar: Instagram Zain Saidin
Wajah anak perempuan mereka ini juga turut dimuat naik ke dalam laman Instagram milik Zain Saidin sendiri serta Rozita Che Wan dengan rasa penuh syukur ke atas kelahiran bayi pertama buat pasangan ini. Jelas kelihatan Rozita Che Wan dalam keadaan baik serta anak perempuan mereka ini.
Malah warga netizen turut menghebahkan foto bayi comel ini dan memuji betapa comelnya anak kedua pelakon ini yang berwajah kacukan dan mempunyai iras gabungan kedua ibu bapanya. Kini peminat tentunya menanti akan nama yang diberikan oleh Che Ta dan Zain dan kini bayi popular ini bakal menyertai senarai bayi popular seperti Lara Alana, anak Awal & Scha.
Gambar: Instagram Rozita Che Wan
Terpampang wajah kegembiraan di wajah Zain Saidin serta Rozita atas kurniaan cahaya mata yang menyerikan lagi perkahwinan mereka. Tahniah dari EH! buat pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan.