“Hanya Tuhan sahaja tahu apa saya rasa ketika ini. Saya mengalami keracunan makanan sejak beberapa hari lalu, sebab itu saya agak senyap kebelakangan ini.
“Hari ini baru saya rasa benar-benar pulih daripada muntah dan kejang perut serta dada. Tak ingat bila kali terakhir saya terkena keracunan makanan seteruk ini.
“Cuti sakit untuk artis seperti kami ini tiada nilai. Apa pun jadi, kena kerja juga supaya tak menyusahkan orang lain. Terima kasih kepada pihak produksi kerana memberi saya waktu kerja lewat keesokan hari untuk sesi penggambaran,” tulisnya.