Ruhainies sempat menjalani penggambaran separuh jalan sebelum dikejarkan ke hospital dengan solekan serta dandanan yang masih elok dan rapi.
Dengan kesihatan beransur pulih, pelakon berusia 30 tahun itu menitip pesanan buat pengikutnya supaya sentiasa menjaga diri.
“Pesanan saya, jaga diri dan kesihatan okey. Walau sekuat mana kita bekerja, sebanyak mana bayaran yang kita dapat, kesihatan itu paling utama,” tambahnya.