Selain Ruhainies, Nikki Palikat turut dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana kelihatan melampau disebabkan kurang rehat.
Peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu dijemput membuat persembahan di satu acara semalam namun dibatalkan kerana terpaksa ditahan bagi memantau tahap kesihatannya.
“Dia terlalu penat disebabkan kerja dan komitmen pada GV8 sehingga menjejaskan kesihatannya. Keadaan Nikki agak lemah tetapi masih dalam keadaan baik.
“Maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan membuat persembahan. Doktor menasihatkan agar tidak mengambil risiko. Nikki perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum boleh meneruskan komitmen kerja,” kata pengurusnya, Jeff Wai.
Foto: Tumblr/Mohd Izwan Mohd Nazam/The Edge
Baca: Positif Covid-19 Ketika Hamil, Intan Ladyana Dimasukkan Ke Hospital