Running Man dijangka akan terbang ke Malaysia tidak lama lagi untuk jelajah terakhir mereka sebelum program variasi tv Korea itu melabuhkan tirainya.
Siri jelajah Asia itu dikhabarkan akan bermula pada 10 Februari nanti. Negara yang akan mereka lawati adalah Taipei, Macao, Thailand, Singapore, Malaysia dan Hong Kong.
Namun, Gary dan Yoo Jae Suk dikatakan tidak dapat turut serta di dalam siri jelajah kali ini kerana mempunyai percanggahan di dalam jadual tahun baru mereka.
Disember lalu, wakil kepada SBS menyatakan:
“Ahli Running Man sudah disahkan bakal mempunyai sesi perjumpaan peminat di Asia walaupun rancangan itu dibuat sebelum keputusan untuk mengakhiri program tersebut dikeluarkan. Walaubagaimanapun, Yoo Jae Suk bakal mengundur diri lebih awal kerana mempunyai jadual lain, manakal Gary pula membuat keputusan untuk tidak mengikuti jelajah itu ketika mereka berdua berbincang untuk meninggalkan program tersebut.”
Sejurus selepas berita jelajah Asia ini tersebar, nama kumpulan Running Man kembali viral di media sosial dan rata-rata peminat teruja untuk menemui bintang Korea kesukaan mereka. Dalam masa yang sama, ramai peminat Running Man yang sedih kerana program variasi ini bakal berakhir tidak lama lagi.