Berita gembira buat peminat program variasi TV Korea, Running Man kerana ia tidak jadi ditamatkan, namun ia akan meneruskan dengan musim baru tidak lama lagi.
Musim baru ini hanya akan mengekalkan enam anggota asal sahaja. Disebabkan permintaan peminat yang terlalu banyak supaya pihak produksi SBS membatalkan pembubaran tersebut, akhirnya doa mereka terkabul.
“Untuk memberi maklum balas kepada kekecewaan peminat akan berita sebelum ini mengenai pembubaran Running Man, tidak kira di Korea mahupun luar negara, SBS dan enam anggota Running Man sudah mengambil keputusan untuk menyambung semula program ini dengan mengekalkan keenam-enam ahli. Pengarah pelbagai SBS, Nam Seung Yong yang mana orang pertama mewujudkan Running Man pada tahun 2010 telah duduk berbincang dengan setiap anggota sejak awal tahun ini untuk meluahkan segala yang tidak puas hati. Ketika perbincangan, dia meminta maaf kepada semua anggota berkaitan dengan kontroversi yang mana menyatakan perancangan untuk rombakan Running Man dan enam ahli tersebut telah sampai ke persetujuan untuk menyambung program tersebut,” umum SBS.
Pengarah Nam Seung Yong turut berkata,”Saya ingin berterima kasih kepada semua ahli Running Man kerana membuat keputusan yang mana semestinya sukar bagi mereka dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menyambut penonton yang sentiasa menyukai Running Man sejak tujuh tahun lalu, di Korea dan negara lain, dan dengan lebih hiburan untuk menghiburkan program Running Man ini.”
Program variasi popular ini akan bersambung seperti biasa dan mengekalkan enam ahli termasuklah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, HaHa, Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.