Tidak dinafikan ada sesetengah yang memiliki perjalanan seni yang ringkas dengan hanya menjalani satu uji bakat sahaja terus bergelar penyanyi atau pelakon. Tetapi berbeza bagi 7 selebriti ini dimana, perjalanan mereka bermula dari pekerjaan di luar bidang seni sebelum meniti jalan kegemilangan dalam industri hiburan.
Dalam dunia seni hiburan di Malaysia, kita sering kali terpukau dengan kisah perjalanan selebriti terkenal yang bermula dari titik permulaan yang berbeza. Malah, ada di antara nama besar dalam industri seni ini yang bermula dari bawah dan mengharungi pelbagai rintangan sebelum meraih populariti yang mereka nikmati hari ini.
Oleh itu, EH! ingin kongsikan pekerjaan 7 selebriti Malaysia sebelum mereka mencapai populariti dalam dunia hiburan. Kisah mereka menampilkan perjalanan yang menginspirasi, dari pekerjaan awal di luar bidang seni hingga akhirnya meraih kejayaan yang gemilang di pentas seni yang berprestij.
1. Dato’ Adi Putra
Dilahirkan pada 26 Februari 1981 di Singapura. Dato’ Adi Putra mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan di Institut Pendidikan Teknikal Singapura. Dia memulakan kerjaya awalnya sebagai penghantar Pizza dan kemudian bekerja sebagai kakitangan kedai serbaneka 7-Eleven dan seterusnya bekerja sebagai juruteknik pencahayaan untuk siri televisyen Cina MediaCorp. Perjalanan kerjaya seni Dato’ Adi bermula di Singapura sebagai model, pelakon dan pengacara di MediaCorp Suria.
2. Uqasha senrose
Sebelum terjun ke dunia lakonan, Uqasha Senrose pernah bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia selama setahun setengah sebelum dia memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi sebuah filem bebas karya Anshari Rahizan iaitu Lukisan Hati yang dibintangi oleh Faralyna Idris, dan ketika itu Uqasha masih menggunakan nama sebenarnya iaitu Zaris Uqasha.
3. Zul Ariffin
Berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Zul ariffin pada awalnya bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetapi malangnya dia tidak layak akibat kecederaan patah di bahu. pada usia 18 tahun dia meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café di ibu negara. Dia kemudiannya mengikuti kursus peragaan dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen dan iklan komersil sebelum bergelar seorang pelakon.
4. Maya karin
Peminat setia yang sentiasa mengikuti perkembangan Maya Karin pasti mengetahui personaliti ini gemar memasak. Pada usia muda, dia pernah berkerja di sebuah kedai kek selepas tamat zaman persekolahan. Maya pernah memuatnaik gambarnya sedang membuat kek dan caption berbunyi “Jom bake kek! Me trying baking again after so many years. Antara job pertama saya, kerja kat kedai kek keju when I was 17. I dapat RM4 sejam. That was like ‘woo hoo’, better than the RM3 I earned at the book shop,” kongsinya di Instagram.
5. Tiz zaqyah
Pelakon cantik Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Binti Abdul Razak ini mungkin memiliki awal karier yang paling unik. Setelah tamat persekolah, Tiz mendedahkan bahawa pekerjaan petamanya adalah berlakon menjadi Hantu Ju-On dalam rumah hantu di SS17 Subang Jaya sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon di layar TV pada umur 18 tahun.
6. Awal ashaari
Permulaan kerjaya Awal Ashaari bermula di sebuah syarikat pengiklanan yang cukup terkenal iaitu Leo Burnett Advertising, di mana dia berkerja sebagai seorang eksekutif perakaunan. Dia kemudian beralih arah menjadi seorang pembaca berita di 8TV Twenty Hundred selama 8 bulan pada tahun 2004. Selain dari iu, Awal juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, dia pernah mencuba nasib di musim pertama Malaysian Idol dan melayakkan dirinya sehingga tahap 30 teratas.
7. Rozita Che Wan
Umum mengetahui Rozita Che Wan pernah bertugas kira-kira tiga tahun sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1992. Ketika itu dia juga menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Dewi Remaja 1993/94 namun, menarik diri di peringkat akhir kerana komitmen terhadap kerjanya. Selepas meninggalkan MAS, dia juga pernah bertugas di sebuah firma arkitek selama setahun sebelum bergelar pelakon pada tahun 2005.
Artikel Berkaitan: Selebriti Malaysia Dengan Keputusan SPM Cemerlang