Di Instagram, Blake turut berkongsi hantaran menyentuh hati dengan memuat naik sekeping foto seorang kanak-kanak bersama ibunya yang dikongsinya daripada agensi itu.
“Saya dan @vancityreynolds akan menggandakan setiap dolar yang didermakan kepada @usaforunhcr sehingga RM4.2 juta,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sumbangan yang diperolehi bakal disalurkan kepada UNHCR yang akan menghantar bantuan kepada warga Ukraine yang memerlukan. Pertubuhan itu mendakwa hampir tiga juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan tahun ini termasuk perlindungan, keselamatan dan tempat tinggal.
Foto: Getty Images