Peluang Safee Sali Hadir Tanpa Diduga
Menurut bekas atlet berusia 39 tahun itu, dia terkejut apabila ditawarkan menjadi penyampai radio hanya sehari selepas mengumumkan persaraan. Sepanjang 20 tahun bergelar terlibat dalam arena bola sepak, dia pernah berkhidmat dengan banyak pasukan termasuk KL City, Selangor, PKNS, PJ City, JDTdan Pelita Jaya (Indonesia).
“Memang sangat terkejut sehari selepas umum bersara dalam arena bola sepak pada 24 Februari lalu, pihak radio Era hubungi saya memberikan tawaran ini. Saya berfikir dulu dan ambil masa kerana ia satu benda baru buat saya. Dari bidang sukan kepada penyampai radio. Apa satu benda pun saya tak tahu. Banyak perkara yang saya bincangkan dengan pengurusan sebelum menerima tawaran ini,” ujarnya.
Atlet kelahiran Kajang itu mengambil masa sekitar dua hingga tiga bulan untuk menerima tawaran tersebut. Dan kini, kerisauan utamanya adalah penerimaan peminat. “Daripada sukan ke radio satu cabaran untuk saya. Memang satu cabaran besar kerana peminat sukan bukan golongan yang dengar radio. Macam mana saya nak tarik mereka, itu yang saya fikirkan. Semua perkara ini berlaku selepas persaraan. Walaupun bakal bergelar penyampai radio, dia tetap mahu merealisasikan impian untuk menubuhkan Akademi Safee Sali bagi melahirkan bakat baru bola sepak.