Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh abang kandung Sweet, Fahed Ashraf sambil disaksikan oleh Mohamad Khairi Hussein, Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam Satu Masjid Darul Ehsan, Ampang, Selangor.
Sejurus akad nikah, kedua-duanya dilihat tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata tanda kesyukuran.
Sweet menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97 yang merupakan simbolik tarikh kelahirannya iaitu pada 14 Oktober 1997, manakala wang hantaran pula dirahsiakan.
Pihak pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran yang dibalas dengan lima dulang oleh pihak lelaki.