Oleh: Farhana Fuad
Siapa yang tidak kenal pada pasangan selebriti hangat dari bumi barat, Kanye West dan Kim Kardashian. Kim selamat melahirkan anak kedua pada 5 Disember lalu dengan bayi lelaki seberat 8lbs.,1 oz. Bayi lelaki pertama dalam keluarga ini diberi nama Saint West. Sebelum ini, heboh diperkatakan di dunia hiburan antarabangsa yang mana, Kim dan Kanye seolah mahu menamakan anak lelaki mereka ini dengan South West.
Namun, baginya nama tersebut tidak menjadi kesukaannya.
“Saya tidak suka pilihan nama South West sebab seperti yang anda semua fikirkan. North akan sentiasa menjadi yang terbaik dan lebih lagi, dan dia mempunyai arah yang terbaik untuk dituju. Jadi, saya tidak akan melakukan sedemikian. Saya tidak rasa kami akan memilih nama berdasarkan arah lagi,” ujar Kim menurut media barat.
Seperti diperkatakan oleh media antarabangsa, Kim dilaporkan mengalami masalah kompilasi ketika bersalin sekali lagi. Sebelum ini, Kim juga pernah mengalami kondisi yang sama ketika melahirkan anak pertamanya, North.
Kim telah mengalami placenta accreta, di mana plasenta miliknya kekal melekat pada bahagian dinding rahim. Sepatutnya, ia akan turut keluar sama ketika bayi dilahirkan. Kim turut menyatakan yang doktornya terpaksa mengeluarkannya dengan teknik manual menggunakan tangan. Disebabkan risiko kompilasi yang tinggi ini, Kim membuat keputusan untuk mempercepatkan kelahiran bayi keduanya yang sepatutnya dijadualkan pada 25 Disember iaitu hari krismas.
Bahkan, beberapa minggu sebelum kelahiran, doktornya juga menyatakan bahawa bayi keduanya itu berada dalam keadaan songsang dan Kim terpaksa menjalani proses yang cukup menyakitkan bagi dirinya demi untuk mengembalikan posisi bayi dalam kandungannya itu dalam keadaan yang betul. Biarpun pelbagai perit sewaktu kehamilan kedua ini, Kim selamat menimang cahaya mata yang kedua ini di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles.