Salman Khan dilaporkan sebagai pembayar cukai yang paling tinggi, mengalahkan Akshay Kumar dan Hrithik Roshan pada tahun 2016-2017.
Namun, aktor komedi, Kapil Sharma kali ini mengejutkan bahagian cukai pendapatan kerana pendapatannya dikatakan meningkat sebanyak 206 peratus dalam masa setahun sahaja.
Keputusan tersebut hadir dari data pembayaran cukai awal di kalangan 10 aktor terkenal Bollywood sehingga bulan Mac tahun ini. Menurut laporan tersebut, jelas menunjukkan yang mana Salman Khan adalah aktor dengan bayaran paling tinggi untuk tahun ini.
Salman telah membayar cukai sebanyak Rs 44.5 crore berbanding tahun lalu iaitu Rs 32.2 crore. Ini bermakna yang pendapatannya meningkat sebanyak 39 peratus selama setahun. Akshay Kumar berada di tempat kedua dengan bayaran cukai Rs29.5 crore berbanding tahun lalu Rs30 crore.
Hrithik Roshan pula membayar sebanyak Rs25.5 crore berbanding tahun lepas iaitu Rs14 crore.