Stesen radio tersebut turut memberitahu bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Matuschik hanyalah karakter rancangan yang dibawa pada ketika itu dan dia sekadar menyampaikan pendapat dengan jelas, terbuka dan tanpa berselindung.
“Bagaimanapun, penyampai kami ternyata sudah melampaui batas dengan pemilihan kata-katanya walaupun tidak berniat melukakan hati mana-mana peminat BTS. Justeru kami ingin membuat permohonan maaf.”
Selain ARMY, komen ini turut mendapat perhatian beberapa rakan pemuzik di media sosial antaranya Halsey yang memuat naik pendapatnya di Instagram Story.
“Saya terkejut apabila membaca komen yang dibuat oleh Matthias Matuschik. Sifat rasisme dan xenofobia tidak boleh ditutup dengan alasan jenaka. Ia satu kenyataan yang menjijikkan dan tidak bertanggungjawab kala komen kebencian dan kelakuan ganas terhadap komuniti Asia semakin berleluasa.
“Ini tidak dapat diterima. Saya berharap dia akan membuat permohonan maaf yang lebih serius kepada BTS dan masyarakat Asia di seluruh dunia,” katanya.
Halsey pernah bekerjasama dengan kumpulan K-Pop itu menerusi lagu Boy With Luv pada 2019.
Foto: Todd Williamson/NBC/NBCU Photo Bank via Getty Images