“Saya tidak meluluskan mana-mana koleksi barangan yang mereka jual di H&M… Semuanya tanpa kebenaran dan kelulusan saya. Saya tidak akan membelinya jika saya adalah anda, ” tulisnya di Instagram Story.
Pemenang Grammy itu kemudian menambah, “Produk fesyen H&M yang menggunakan nama dan wajah saya adalah sampah dan saya tidak meluluskannya. Jangan beli.”
Justin turut menegaskan kenyataannya dalam ruangan komen di hantaran peminat yang berkongsi foto koleksi tersebut. “Kalaulah semua orang tahu saya tidak meluluskan mana-mana produk fesyen ini,” tulisnya.
Bagaimanapun penyanyi berusia 28 tahun itu belum memberi sebarang komen mengenai tindakan H&M mengalih keluar semua barangan yang dicetak dengan nama dan wajahnya.

