Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Sara Ali
Jika sebelum ini atas komitmen kerjaya sebagai seorang anak seni duni hiburan tanah air menghalang niat pelakon genit ini bertudung, tetapi kini Sara Ali mengambil langkah tepat untuk berhijab sepenuhnya.
Ianya mula menjadi persoalan ramai ketika melihat gambar terkini Sara berhijab yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Sara mengakui yang dirinya kini sudah berhijab kepada BH Online.
“Selama ini saya tak bertudung demi periuk nasi dan kelangsungan hidup di dalam dunia seni. Ia pilihan sendiri. Bagaimana pula jika saya bertudung dan persoalan susah untuk cari makan mula bermain di fikiran. Tetapi tanpa desakan sesiapa saya bulatkan hati untuk bertudung. Saya percaya ini terjadi atas “desakan-Nya”,” ujar Sara kepada media portal tersebut.
Gambar: Instagram Sara Ali
Sebenarnya niat Sara untuk bertudung sudah terpendam agak lama. Jadi dengan tahun baru 2016 yang tiba, ianya dipermudahkan hasratnya untuk tampil dengan gaya berhijab.
Tambahnya lagi, Sara juga kini sudah menubuhkan sebuah syarikat yang bernama HMEO Holdings Sdn.Bhd yang berobjektif dalam membantu orang Islam dan Melayu. Bahkan syarikat ini juga akan turut melatih usahawan baru dalam memulakan perniagaan.
Dengan penampilannya yang kini sudah berhijab, ianya tidaklah menghalang untuk dirinya terus berlakon tetapi baginya keinginannya yang mahu menduduki kerusi pengarah itu meningkat naik setelah menyedari yang dirinya bukan lagi di tahap berlakon. Namun, Sara tidak akan menolak jika masih ada tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.
Baginya, dengan penubuhan syarikat miliknya itu sudah dapat menjana kehidupannya kini dan tidak mengharapkan dirinya untuk berlakon sepenuhnya lagi kerana kemahuannya untuk menjadi seorang pengarah.