Oleh: Farhana Fuad
Bintang muda berdarah kacukan Melayu dan Inggeris, Sarah Hildebrand kini sudah berhijab sepenuhnya. Ianya mula kelihatan apabila Sarah memuat naik gambar terbarunya di laman Instagram yang mengenakan hijab untuk ruangan akhbar Pancaindera. Ramai yang tertanya-tanya adakah selebriti jelita ini sudah berhijab sepenuhnya atau pun hanya untuk sesi penggambaran tersebut.
Persoalannnya terjawab apabila Sarah sendiri mengakui yang kini dia sudah berhijab dengan sepenuhnya bermula 15 September lalu. Apabila ditanya apakah yang membuatkannya untuk berhijrah “Sebenarnya sudah lama. Saya selalu terfikir untuk mengenakan hijab. Dan tiba-tiba sahaja dalam fikiran saya bertanya apa kata kalau saya memakai tudung? Dan saya pun mula melihat wanita lain mengenakan tudung dan ianya tiada sebarang masalah.”
Makeup by @adyrazak for #AstroGoShop
A photo posted by Nur Sarah Marie Hildebrand (@sarahhildebrand) on
Gambar: Instagram Sarah Hildebrand
Tambahnya lagi, “Ianya juga sebab saya pun tidaklah suka memakai terlalu seksi kala di luar. Jadi, lebih baik jika saya terus saja menutup rambut saya.”
Menurut Sarah lagi, apa yang memberi inspirasi kepadanya untuk mengenakan hijab adalah kala melihat foto-foto melalui media sosial akan gaya hijab yang dikenakan sebilangan wanita-wanita Arab. Katanya ia tampak sempurna kemas. Dan Sarah turut mengakui mula menyimpan hasrat berhijrah ini sejak Ramadan yang lalu.