Suami kepada pelakon manis menawan, Sari Yanti iaitu Jep Sepahtu seakan memberi petunjuk yang mana isterinya itu telah pun berhijab dengan sepenuhnya.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Jep telah memuat naik sekeping gambar isterinya memakai tudung. Gambar itu sendiri telah menaikkan pertanyaan ramai adakah Sari Yanti kini sudah berhijrah dengan imej baru.
Ditambah pula dengan kapsyen yang ditulis oleh Jep yang berbunyi,”Alhamdulillah..Dengan izin dan gerakNya,… Semoga terus istiqamah. Syukur Ya Allah. I love you @Sariyanti. *Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak.*”
Bahkan, Sari Yanti turut membalas kapsyen suaminya itu dengan menghantar komen ‘i love you too sayang’. Rata-rata pengikut Jep dan Sari Yanti cukup teruja dengan penampilan baru pelakon jelita itu.
Ada juga yang mendoakan supaya ikatan rumah tangga Sari dan Jep kekal bahagia sehingga ke akhirnya. Pasangan ini berkahwin pada 25 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup. Sari sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya dan dikurniakan dengan dua orang anak.